Nov 22, 2025 - FASSelangor FC akan menerima kunjungan Kelantan The Real Warriors untuk perlawanan ke-10 saingan Liga Super 2025/26 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada jam 9 malam.
Kali terakhir bertemu The Real Warriors adalah dalam aksi Liga Super 2024/25 di mana skuad Gergasi Merah berjaya meraih kemenangan besar di Stadium Muhammad IV dengan keputusan 7-0. Sepanjang pertemuan dua pasukan ini sejak 2023, Selangor FC telah memenangi keempat-empat pertemuan dengan 17 jaringan gol.
Barisan jurulatih pasukan telah menjalankan persiapan yang rapi bagi memastikan perlawanan yang sengit diberikan kepada Kelantan The Real Warriors, meskipun sembilan pemain kebangsaan; Malaysia: Faisal Halim, Quentin Cheng, Nooa Laine, Sikh Izhan, Harith Haiqal, Izwan Yuslan, Jordan: Noor Al Rawabdeh dan Mohammad Abualnadi serta Thailand: Kevin Deeromram hanya dapat bersama pasukan dua hari sebelum perlawanan.
Bagi keberadaan pemain, Sharul Nazeem tidak dapat bersama pasukan kerana Ligamen anterior cruciate (ACL). Manakala Haiqal Lau dan Zikri Khalili dalam fasa terakhir pemulihan sebelum sepenuhnya menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan yang lain. Walau bagaimanapun, seluruh pasukan berazman untuk berikan persembahan terbaik demi memastikan tiga mata penuh diraih untuk para penyokong.
Sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, Selangor FC menawarkan kemasukan percuma kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah untuk menyaksikan perlawanan #SFCTRW. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik disediakan untuk mereka yang hadir. Ayuh, rama-ramai meriahkan stadium pada malam ini. Beli tiket anda di sini.
Demi Kebanggaan!